Monday, June 27, 2005

Gunung Chamah

Pendaki maut ketika ekspedisi


GRIK: Mayat Mohd Shahril Othman, 26, yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi menawan tujuh puncak gunung bagi mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records, terpaksa ditinggalkan kepada Orang Asli di Kem Maggi di Gunung Chamah bagi membolehkan jurupandu ekspedisi berkenaan mendapatkan bantuan.
Jurupandu berkenaan, Mohd Izani Zainon, 33, berkata Mohd Shahril meninggal dunia di pangkuannya pada kira-kira jam 3.40 pagi selepas lapan jam meredah hutan untuk membawanya keluar dari hutan itu bagi mendapatkan rawatan.

“Kami bertiga bermalam di Kem Maggi kerana cuaca sudah gelap. Saya menyuap makanan dan air ke mulut Mohd Shahril pada jam 2 pagi kelmarin dan kira-kira jam 3.40 pagi, dia menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Shahril yang juga penyelia asrama Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama-sama enam pelajar lain ialah wakil UUM yang menyertai ekspedisi menawan tujuh puncak gunung bagi mencipta nama dalam The Malaysia Book of Records.

Gunung berkenaan ialah Gunung Tahan dan Yong Belar di Pahang, Chamah (Kelantan) dan Chamah, Korbu, Gayong Yong Yap dan Ulu Sepat di Perak.

Mohd Shahril yang masih bujang berasal dari Kampung Seberang Terus, Alor Setar, Kedah.

Mohd Izani berkata, dia dan seorang lagi jurupandu, Adam Roheimy Rais, 31, membawa Mohd Shahril keluar dari hutan itu kerana keadaannya terlalu lemah akibat sesak nafas dan batuk selepas meredah hutan selama tiga hari sejak 21 Jun lalu.

"Kami mengambil keputusan membawa Mohd Shahril keluar dari hutan berkenaan manakala enam lagi anggota ekspedisi yang ditemani seorang Orang Asli meneruskan hasrat menawan gunung berkenaan," katanya.

Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas mereka mengadakan perbincangan sebaik tiba di Kem Sungai Teres pada Jumaat lalu.

Katanya, mereka berpisah dengan kumpulan enam pelajar berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

Mohd Izani berkata, mereka tiada pilihan selain meninggalkan mayat mangsa di Kem Maggi untuk mendapatkan bantuan kira-kira jam 6 pagi.

"Kami meneruskan perjalanan sebelum menemui perkampungan Orang Asli iaitu Kampung Kerla. Kami kemudian meminta mereka menghantar kami menaiki bot untuk ke Temenggor.

"Sebaik tiba di Temenggor kami membuat laporan di Balai Polis Bersia kira-kira jam 3 petang kelmarin," katanya.

Sementara itu, Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat Mohd Shahril menggunakan helikopter dari Kem Maggi kira-kira jam 4.15 petang, semalam.

"Mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Grik kira-kira jam 5.30 petang, semalam untuk dibedah siasat," katanya.

Jurucakap Jabatan Bomba berkata, operasi mencari mangsa bermula jam 8 pagi disertai 18 anggota penyelamat dan Pasukan Gerakan AM (PGA) yang menaiki tiga bot menyusuri sungai berhampiran gunung berkenaan.

Mohd Shahri ni one of my friend masa kat UUM dulu..ok ja orangnya..mmg mat outdoor dia ni..last time jumpa dia masa training teater Dilema Baginda Sultan...tup2 smlm dapat sms dari kawan kat uum cakap dia meninggal kat puncak gunung. pastu tengok berita smlm kat Gunung Chamah. so ari ni nak cerita sikit la pengalaman sedih masa naik gunung chamah pada tahun 2000.

dalam xpdc tu kami dalam 26 org camtu, kalu baca ayat dalam petukan berita tu, ada disebut kem maggi, sbnrnya kem maggi ni adalah tempat utk berehat samada bermalam atau utk mkn. antara kem lain, kem tongkat ali. menu yg tak leh tinggal kalu masuk utan ialah maggi. sembung cter balik.

ceritanya bermula apabila seorang ahli yg join tu injured..melambatkn perjalanan keseluruhan xpdc. disebabkan masa dah suntuk n kami still tak sampai kat kem yg sepatutnya, kami terpaksa berjalan malam. ni la first time jalan malam dalm situasi sebenar. sebelum ni duk training ja masuk utan Sintok tu..kul 2-3 pagi.. dah dekat nak senja camtu..ujan turun lebat giler. dalam hati aku ni dah memberontak dah..dah la jalan lambat+ujan+beg berat sebab ada air+letih+mcm2. pada ketika tu la duk teringat awat la aku duk wat keje camni..kalu duk umah lepak pun best cuti2 ni. dalam kul 930 camtu baru sampai kem.

perjalanan sepatutnya hanya setengah jam tp kami amik masa lebih dari tu..terus pacak khemah.. semua kesejukan...lepas naik khemah..masak la apa lg..lapo giler.. sebab berjalan dalam ujan td tu ada lg 2-3 orang yg injured. malam tu wat meeting..so mesti ada yg kena menamatkan perjalann disitu saja. so decide 6 org akan turun bersama seorang abang "guide". aku termasuk dalam golongan yg akan meneruskan perjalanan. sedeyy woo waktu tu..datang sama2 tp tak leh naik sama2.

sebelum berpisah..diorang kirim kad matrik...suruh tangkap gambo masa kat puncak nanti..huhuhu manyak sedey.. kat bawah ni gambo sblm berpisah kepada dua kumpulan. manyak nama yg dah tak ingat. tp still remains in memory!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home