Thursday, June 23, 2005

wlan0 - SuSe 9.3

ari ni nak kongsi satu lg info yg mungkin berguna kepada mereka yg menghadapi masalah utk configure wlan dalam linux. dalam contoh ni sy gunakan SuSe. sblm ni ada jugak try dalam mandrake, tp tak berjaya. ok. peralatan yg digunakan ialah D-Link DWL-120+. ianya menggunakan port USB sebagai interface.

kepada mereka yg masih baru sangat lg, bleh refer site ni. banyak membantu jugak. Craig's ACX100/111 Guide for Linux. sy menggunakan driver dari projek ACX100.

pertama skali, kena pastikan la ada kompiler yg diperlukan. ini kerana ada berlaku proses 'kompile' nanti. sebab itulah kompiler diperlukan. sy menggunakan gcc. untuk dapatkn gcc, buka YaST dan taipkan gcc. masukkan CD dan install. untuk memastikan gcc sudah ada atau belum, bleh taipkan dalam konsole gcc --version. kemudian, make, biasanya make mmg akan ada. utk memastikannya, taip make --version.

seterusnya, kita memerlukan kernel-source. dalam YaST, taipkan kernel-souce, select dan install. setelah itu taip dikonsole ls /lib/modules/`uname -r`/build/include/linux/version.h output daripada command diatas adalah
/lib/modules/versi_kernel/build/include/linux/version.h

kemudian, download source dari laman ini. boleh download yg paling latest. semasa sy taip ni, yg latest adalah acx100-0.2.0pre8_plus_fixes_57.tar.gz. setelah itu, untar kan file tersebut. sebagai root taipkan ln -s /usr/include/linux/wireless.h /lib/modules/`uname -r`/build/include/linux/ tujuan buat begini adalah utk create symlink kepada file wireless.h seterusnya, taip make, semuanya berjalan tanpa sebarang error.

seterusnya, download firmware ini. untar dengan command tar Pjvf acx_firmware.tar.bz2 setelah itu, cd ke dalam folder scripts, dalam tu ada dua file, start_net, stop_net. kena edit file tu. start net mengandungi configuration utk IP dsb. kemudian dalam contoh ni acx_pci ditukarkan kepada acx_usb. begitu juga dalam stop_net.

taip ./start_net yuhuuu..berjaya!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home