Tuesday, August 23, 2005

OpenSource Developer Conference 2005

lepas je arrange program kat Hyatt ari tu (national seminar on nanobiomaterials), petang tu, terus g KL sebab esok paginya ada program yg menarik gak, dan yg penting, FREE!. sampai KL, amik train g tempat kebiasaan utk menginap kalu lepak kat KL, mana lg, umah si EL kat Kelana Jaya. Naik PUTRA LRT sampai klana jaya pastu dia amik kat situ. lepak umah dia malam tu.

seminar tu kat sheraton subang. pg tu sampai awal giler, antara org yg terawal register la kot. sebabnya masa sampai tu booth pun baru duk pasang lg. nampak menarik gak la preparation yg diorang wat walaupun FREE tp mayb novell sponsor rasanya. seminar bermula dalam pukul 9 pagi la. semua speaker menarik belaka. mmg tak rugi la pegi ari tu. lastly petang tu penutup ada cabutan bertuah. selama ni HARAM tak penah duk dapat pun cabutan bertuah kat mana2, tapi ari tu ada plak rezeki. dapat la beg laptop IBM satu. tengok beg tu mcm tak muat je, balik umah try mmg confirm tak muat. emm bg kat bos la kalu mcm tu. minat giler ngan cap dia, tp apakan daya, tak dapat, dah adjust dh awek yg jaga kaunter tu, tp tak dapat jugak. tak dak rezeki la tu.

esok paginya masuk workshop plak. workshop ni kena bayar, RM300 tu. wat kat KMDC (betul ke tak ni ntah), dalam bangunan Plaza Central tingkat 20. workshop yg amik ni pasal facado(sebutan dia fasado). ni sebahagian dari framework utk create rich content application guna java. antara opensource tools yg digunakan, Linux, Tomcat Server, MySQL Database dan facado UI server. ari ni dapat cabutan bertuah lg. tak tau la nape, dah memang rejeki kot. dapat la t-shirt sehelai. pastu dapat penguin Novell sekor.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, August 17, 2005

OpenBSD 3.7

sebelum ni tak pernah pun berjinak-jinak ngan unix-based OS ni. so kali ni amik peluang la sebab lepas ni pc yg running dns kat debian tu nak dipulangkan balik kepada ITD, so mayb ini peluang yg terbaik utk belajar BSD ni. selepas buat sedikit research dan persediaan,maka dapat la install. spec pc yg digunakan adalah seperti berikut:

pentium 4 1.6Ghz
256MB RAM
20GB HDD

dalam proses install tu nak kena paham basic pasal hdd, iaitu cylinder dsb. amik masa jugak walaupun ada panduan. sebabnya sebelum ni tak penah nak amik tau pun, pakai install ja. satu ilmu baru jugak tu. install ni tanpa GUI, proses install kejap je, lepas tu post-install plak takes time sket. so far yg dah setel apache+php+mysql, https, ntpd (utk sync time). so banyak lg duk try n error, esp on how to create as dns server using djbdns.lastly amik keputusan untuk guna BIND yg dah memang sedia ada dalam tu sebagai dns. tak payah setup lg, just tambah zone utk resolve ip dan name dalam ni. dah setel dah. sekarang ni duk xplore lebih lagi la pasal OpenBSD ni. dh memang minat giler la ngan UNIX family ni.

Monday, August 15, 2005

My Inspiron 6000

disebabkan ada dapat projek freelance yg agak menarik jugak, so amik peluang ni nak beli laptop la satu. pastu duk berangan nak carik projek freelance utk support bayar ansuran bulan2. terus order online dell inspiron 6000. setelah 5 hari menunggu, akhirnya sampai jugak laptop tu. spec adalah seperti berikut:

ntel centrino 1.73Ghz
512MB DDR2 RAM
80GB HDD
128MB ATI Radeon X300

puas hati la walaupun agak berat. 3kg tu. lepas dapat terus ja install linux. mandriva linux limited edition 2005. memula tu cuak jugak, sebab tak detect hdd, selepas beberapa kali mencuba, berjaya jugak akhirnya. base semua dah install, tinggal nak tambah application je. sebabnya download 1 CD ja, so yg lain kena wat melalui internet la.

Thursday, August 11, 2005

Balik Kampung

dah lama tak menulis blog ni. bz sket dengan keje opis, yg utama mesti la diutamakn. sblm projek baru ni, ada amik cuti, balik kg la, dah lama tak balik, rindu jugak kat kampung, suasana kampung dan yg paling best dapat tengok famili ngan sawah padi yg sedang menguning. Balik 3 hari tu sempat la jugak bg talk kat UUM. Tak banyak perubahan kat UUM walaupun dah bertukar NC. Dapat la wat knowledge sharing session dengan 2 kelas student multimedia. bukannya apa, at least ada jugak sumbangkn sedikit ilmu utk diorang.

balik kampung baru ni sempat jugak shoot beberapa keping gambar. tp bersabar banyak la nak dapat hasil camni. kalau ada video kamera lg menarik. part kupu2 isap madu mmg best. lebah ni plak liar sket. dekat sejam setengah duk menanti great moment sebelum capture gambo kat bawah ni. plak tu guna kamera cikai je. sempat gak berangan kalu ada kamera nikon d70s ni alangkah bestnya. huhuuh tp apakan daya, duit peruntukan tu dah beli notebook yg duk pakai sekarang ni.
Image hosted by Photobucket.com
Image hosted by Photobucket.com